Month: November 2017

Secret Recipe’s Malaysian Favourites

Sempena musim cuti sekolah, Secret Recipe telah melancarkan menu ‘Malaysian Favourites’. Menu bermusim ini boleh didapati sekarang di semua restoran Secret Recipe diseluruh Malaysia. 🇲🇾 Ia dilancarkan untuk memperkenalkan makanan terkenal di Malaysia kepada pelanggan-pelanggan dan juga pelancong-pelancong. Kesemua makanan dalam menu Malaysian Favourites disediakan oleh cef Secret Recipe dengan menggunakan resepi tersendiri. 👌👌

Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway

Rumah Makan Cibiuk adalah tempat untuk dikunjungi jika anda mengidam makanan Sunda. Nama ‘Cibiuk’ adalah nama sebuah kampung yang didiami masyarakat Sunda. Makanan mereka biasanya dimakan bersama dengan beraneka sambal. Malah di Rumah Makan Cibiuk, tersedia 12 pilihan sambal-sambal yang mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Jika anda inginkan sambal yang lebih pedas, harganya diantara RM1.90 …

Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway Read More »

Ayam Golek Dara Nilai

Sesiapa yang pergi jalan-jalan cari makan di Nilai, apa kata singgah di restoran Ayam Golek Dara untuk mencuba ayam golek dan nasi lemak old skool yang sedap 👍 Pemilik Ayam Golek Dara hanya menggunakan ayam2 segar dan yang telah mencapai berat sebanyak 1.2kg – tidak terlalu besar atau kecil untuk dikongsi antara 2-3 orang.

Cendol Warisan Kak Aini

Musim durian sudah tiba! Andainya anda sedang mencari-cari cendol durian yang betul-betul sedap dan rasa kaw kaw, marilah singgah ke gerai makan Warisan Kak Aini. Sini terdapat 12 jenis cendol ditawarkan dengan topping yang berlainan. Tapi yang paling istimewa tentulah cendol yang ditambah durian dan isi mangga 😍