Roti Terbang Kampung Enam

Jika anda berada di Melaka, jangan lupa singgah di Roti Terbang Kampung Enam. Pemiliknya, Encik Mezan mahir membuat roti canai terbang. Malah, beliau juga pernah digelar sebagai pemenang kepada pertandingan membuat roti canai terbang. Pelanggan yang datang ke sini bukan sahaja boleh menikmati makanan tapi dihiburkan juga dengan persembahan roti canai terbang Mezan.