Restoran ini menawarkan daging lembu Wagyu halal yang paling berbaloi untuk dibakar secara BBQ. Pilihan termasuk Australian MB9 steak dan Kuroge Wagyu dari Jepun. Untuk pengalaman yang terbaik, bolehlah cuba menu istimewa San Shu Mori. Ia ada 3 jenis potongan Kuroge Wagyu dengan marbling yang luar biasa iaitu:-
🥩 Karubi / Short Plate (100gm)
🥩 Diamond Cut Rib Shortrib (100gm)
🥩 Chuck Roll (100gm)
Selain itu, mereka juga ada aneka side dish seperti ayam goreng cheese, Wagyu cheese curry burger, boxing fried chicken dan beef curry rice.
【Gyutaro Yakiniku】 A2-UG1-1, Publika Solaris Dutamas No 1, Jalan Dutamas, 50480, KL