【Kafe Khusus Pencinta Indomie 🤤🍜】
Sekarang ada cara yang lebih hebat untuk menikmati Indomie. Korang hanya perlu pergi ke IndoBowl, di mana Indomie dihidangkan dengan aneka jenis topping berkualiti premium dan sambal (bumbu) Indonesia yang betul2 pedas 🔥🔥dan menyelerakan.
Kalau nak datang sini wajib ajak kawan-kawan sekali kerana menu terkenal mereka – Indomie Mumbo Jumbo (RM59) memang disediakan untuk dikongsi. Toppingnya termasuk lamb rack Australia, rib eye steak Australia, ayam Madura, sate ayam Madura, telur mata, sambal hijau dan sambal merah.😋
Terdapat juga pelbagai jenis menu tunggal nasi dan mi. Kami syorkan cuba Nasi Iga (RM15) kerana tulang rusuknya lembut dan lazat. Bila cecah sambal…uish, memang sedap beb! 🤤🤤
Untuk minuman pula, orderlah soda gembira dan es cendol, sungguh melegakan tekak.
IndoBowl
Alamat: 72, Jalan Tasik Utama 7, Lakesfield, Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Facebook: https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/
Waktu Operasi: 11am – 3pm dan 5pm – 10pm (Rabu tutup)
Tonton dalam HD sini: https://youtu.be/qftrzpJTgnk
Akhir sekali, jangan lupa share dan jangan lupa like page ini.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Hubungi kami: mymakantv@gmail.com
#Indomie #IndoBowl #SgBesi #KualaLumpur #KL #Cafe #Makan #IndonesianFood #IndomieMumboJumbo #Sambal #Bumbu #Sedap #Pedas #Hot #Malaysia #MyMakanTV
.
.
.
[Semua kandungan di dalam MyMakanTV, terutamanya video-video, gambar-gambar, write-ups dan lain-lain adalah dilindungi di bawah Akta Hakcipta dan Peraturan-peraturan Hakcipta. Tiada bahagian atau keseluruhan kandungan boleh disalin dan dihasilkan semula (No copying, downloading and reposting is allowed). Anda boleh Share tapi tak boleh Muat-Turun & Repost].