Ramen Seirock-ya menyajikan Toripaitan ramen, sup ramen berasaskan ayam rasa asli lagi halal yang terbaik di sekitar Petaling Jaya.
** Ramen Seirock-ya adalah pemegang sah sijil halal Jakim. Sup ramen mereka direneh selama beberapa jam sehingga ia putih berkrim dan berkolagen tinggi penuh dengan rasa umami dengan menggunakan 100% ayam sahaja.
Untuk menyerlahkan rasa sup ramen, anda boleh pilih perisa seperti soy sauce, garam, miso ataupun sos istimewa mereka, sos extreme. Setiap hidangan termasuk ayam, seaweed dan sayur. Boleh tambah topping seperti telur dan berbola ayam juga. Semuanya boleh dipadankan dengan ramen tebal ataupun ramen nipis.
Antara Toripaitan Ramen yang wajib dicuba termasuk:
🔥 Toripaitan Extreme
🔥 Toripaitan Miso
🔥 Toripaitan Shoyu
🔥 Toripaitan Shio
🔥 Tokyo Ramen Mereka juga menyajikan hidangan sampingan untuk dinikmati bersama dengan ramen seperti gyoza, karaage, croquette dan sebagainya.
【Ramen Seirock-ya】
📍: No.6-GF, Jalan SS21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
⏰: 12.00pm – 9.30pm (Isnin – Jumaat) 12.00pm – 10pm (Sabtu, Ahad & Cuti umum)
☎️: 0374927509