Hai penggemar makanan pedas, ada lagi port baru untuk anda lunch dan dinner.
Terdapat 3 tahap kepedasan untuk ‘dicabar’, siap dengan topping optional seperti salted egg sauce dan cheese. Di Warong Geprek, dua jenis ayam tersedia iaitu Ayam Geprek (goreng tepung) & Ayam Penyet. Sambal yang paling pedas (level 3) digesek guna cili padi, bawang putih dan bahan perasa sahaja.
Sambal level 1 dan 2 pula ditambah dengan pes tomato dan kacang untuk tektur yang lagi creamy dan lemak, sambil mengurang tahap kepedasan secara semulajadi. Harga sangat mesra rakyat. Dan best sekali, nasi, sambal dan sup pun boleh refill sesuka hati tanpa caj!
Menu:
🔥 Ayam Geprek – RM10
🔥 Ayam Penyet – RM8
Tambahan:
✔️ Salted egg sauce – RM2
✔️ Cheese – RM2
【Warong Geprek】
Vista Alam Seksyen 14, 40000 Shah Alam
12pm – 10pm, Tutup Ahad