Lamb chop sini serius besar, tebal dan berisi. Lagi-lagi, ia dihidang dalam 2 keping siap ada mashed potato dan salad, porsinya memang mengagumkan dan mengenyangkan!
Kalau anda pernah membeli-belah kat Jaya Grocer, kemungkinan besar anda pernah perasan Bonjour Garden Bakery Cafe yang biasanya terletak di tepi atau betul2 di hadapan pasaraya tersebut.
Ia selalu penuh ramai dengan orang terutamanya waktu lunch kerana macam2 ada dalam menu mereka termasuk steak, chicken chop, pasta, pizza, sandwich, kek dan pastri. Semua saiz hidangan makanan mereka pun jauh lebih besar berbanding restoran setaraf yang lain padahal harga tak beza banyak sangat.
Menu wajib cuba:
🔥🔥 Lamb Chop Combo Set (soup + lemon tea) – RM45
🔥 Rib Eye Steak (280gm) – RM78
🔥 Tom Yam Seafood Pasta – RM39
🔥 Oriental Pizza – RM41
🔥 Chicken Parmigiana – RM45
🔥 Salmon & Asparagus – RM56
Special promo: ☕ Coffee/tea + 1 pastry – RM10 nett*
*8am – 10.30am & 3pm – 6.30pm
【Bonjour Garden Bakery Cafe】
[1] LC01-08, Intermark Mall, The Intermark, Jalan Tun Razak, KL
[2] LG.13, Glo Damansara, TTDI, Kuala Lumpur
[3] LG.26A & 27, Gurney Paragon, Penang