Wak Joe’s Satay Pasar Borong Melaka

Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam adalah tempat makan sampai lewat malam yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar.

Kebanyakan gerai yang beroperasi di sini menjual asam pedas dan roti canai, tetapi terdapat juga satay yang sedap.

Wak Joe’s Satay ada 5 jenis satay yang disedia mengikut resepi turun temurun keluarga di mana sebanyak 12 jenis rempah digunakan sebagai bahan perapan.

Satay sini bukan sahaja berisi, malah lembut dan mempunyai rasa yang luar biasa. Kuah kacang yang menyampingi satay juga padu, pekat dan padat dengan kacang.

Kalau anda penggemar satay, tempat ini wajib diterjah bila berada di Melaka.

Harga satay:-

Ayam – 0.90
Daging – 0.90
Perut – 0.90
Kerang – 0.90
Kambing – 1.50

【Wak Joe’s Satay】
🏠 Gerai No.10, Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam, Melaka
☎ 019-615 0660
🕛 7pm – 2am
.
.
#Melaka #MakanMalam #Makan #Satay #WakJoe #WakJoeSatay #PasarBorong #Sedap #Cuba #MyMakanTV #Halal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *