Cendol Durian Bamboo River dan Ayam Golek di Sungai Buloh

【Kombo Cendol Durian 🍨 & Ayam Golek Black Pepper 🍗🌶】

Selama musim durian masih ada jangan ketinggalan untuk menikmati cendol durian. Di Sungai Buloh, Cendol Durian Bamboo River menyediakan cendol durian dengan Durian Kahwin.

Harganya berpatutan dan semangkuk dijual pada harga RM10 sekarang (ubah ikut musim dan stok durian). Kalau nak share, boleh tambah pulut (RM1) untuk porsi yang lebih mengenyangkan.

Lepas minum cendol boleh juga cuba ayam golek di warung sebelah. Warung Ayam Golek Ganu Kite sudah lama bertapak di sini dan terkenal dengan penduduk Sungai Buloh.

Ayam yang digunakan mereka bermutu tinggi kerana dibekali oleh Ayamas dan separuh ekor yang cukup untuk 2 orang makan hanya RM9. Memang puas hati dan lagi sedap bila cicah sos istimewa yang pedas dan manis tu.

** Cendol biasa sini RM5 semangkuk, admin rasa tak berapa baloi.. lebih baik try yang ada durian.

🍧Menu (cendol):
Cendol Durian – RM10
Cendol Durian + Pulut – RM11
Cendol Biasa – RM5
Pulut Durian – RM8

🍗Harga Ayam Golek Black Pepper:
1.2kg – RM17
1.4kg – RM18
1.5kg – RM19
1.6kg – RM20
1/2 ekor – RM9

CENDOL DURIAN BAMBOO RIVER / WARUNG AYAM GOLEK GANU KITE
Alamat: Gerai MBSA (Hadapan Kuarters Tentera Kem Paya Jaras), Jalan 3/1, Bandar Baru Sungai Buloh
Waktu Operasi: 11.30am – 11pm (Ayam Golek 9am – 1am)
.
.
#SungaiBuloh #Halal #Durian #Cendol #CendolDurian #AyamGolek #WarungAyamGolekGanuKite #BlackPepper #Sedap #Makan #MyMakanTV #Selangor #Ayam #AyamBakar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *