Man Cendol Durian

Man Cendol Durian adalah terkenal dengan cendol duriannya. Semua cendol disediakan ala Negeri Sembilan. Mereka menggunakan gula kabung asli sebagai pemanis untuk cendolnya. Pes durian yang digunakan pula adalah pes durian D24 asli. Rasa cendol duriannya manis dan berkrim. 😍

Mereka juga menyajikan masakan kampung. Oleh kerana tempat ini adalah berdekatan dengan KLIA dan KLIA 2, ramai pelanggan menyinggah tempat ini untuk makan sebelum meneruskan perjalanan dari atau ke lapangan terbang. 🛫

Menu wajib dicuba di sini:-
🍧Cendol Durian – RM7.50 👍👍
🍧Cendol Special – RM9.50
🍄Cendawan Goreng Terlolap Mato – RM7

Man Cendol Durian
Alamat: Bt 16 1/2, Kampung Chelet Jalan Salak, Sepang, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 016-723 4622
Waktu Perniagaan: 11am – 7pm (Jumaat Tutup)
FB: https://www.facebook.com/mancendolnilai/
.
.
#CendolDurian #Durian #Cendol #ManCendolDurian #CendawanGorengTerlolapMato #Nilai #NegeriSembilan #N9 #Sepang #KampungChelet #Halal #Sedap #Makan #MyMakanTV

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *