Peminat keropok lekor, korang wajib cuba keropok gentel ni. Terdapat 4 perisa untuk dicuba – ori, sira, cheezy dan sira + cheezy. Adunan keropok mereka diperbuat dengan isi ikan selayang dan tepung sagu. Ia digentel segar dan digoreng terus tanpa direbus dahulu, jadi rasa ikannya lagi kaw. Apabila dimakan panas2 dengan sos pencicah mmg tak boleh henti. Harga pun ok sangat, RM5 boleh dapat 13 biji! **Sesiapa yang berminat untuk berniaga keropok gentel ini boleh hubungi 011-3745 1489 (Khatijah @ Sueria) – latihan akan disediakan.
【Keropok Getel】
📍 Sungai Buloh No.5, Tapak Peniaga Zon C, Jalan Dahlia 5, Bandar Saujana Utama 12pm – 6.30pm (cuti Rabu) Tel: 011-3745 1489
📍 Puncak Alam Jalan Astana C, 13/C Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor 5pm – 11pm (cuti Isnin)
📍 Kota Damansara No 38, Jalan Pekaka 8/4 Kota Damansara, Petaling Jaya 12pm – 6.30pm (cuti Sabtu)