Sekarang anda boleh menikmati masakan tempoyak dan patin yang asli dari Temerloh di cawangan Kancil Raja Patin (KRP) yang bertempat di Setapak, KL.
Demi memelihara keaslian rasa, semua bahan-bahan utama seperti pes tempoyak, ikan patin dan rempah ratus diambil segar dari Temerloh setiap hari. Walaupun tempat duduk tersedia, KRP Danau Kota lebih kepada konsep drive thru dan delivery.
Terdapat 3 menu utama di sini iaitu:
🔥 Set Gulai Patin Tempoyak – RM16
🔥 Set Pais Ikan Patin – RM18
🔥 Set Patin Bakar Petai – RM18
*Setiap set termasuk nasi, sambal lada, telur masin & timun
**Penghantaran 2km pertama PERCUMA, 1km seterusnya RM1 .
【Kancil Raja Patin Danau Kota】
Jalan 2, 1/23e, Kuala Lumpur
11am – 5pm, Isnin tutup
Tel: 012-951 1470 (Ameer), 013-432 6165 (Hotline)