Mango Float Royale Melaka – WAJIB TRY

Mango Float Royale ini paling best untuk minum semasa waktu panas untuk melegakan kedahagaan tekak anda.

Mango Float Royale (MFR) Melaka menjadi tumpuan ramai kerana kesedapan minuman ini. Mango Float ini adalah satu campuran jus mangga, ais krim vanilla, isi mangga dan ais.

Mereka agak murah hati dengan bahan-bahan yang diletak dalam minuman. Jus mangga diperah dengan isi sebenar mangga. Satu scoop besar ais krim vanilla dalam setiap cawan. Tambah lagi isi-isi mangga.

Teksturnya ‘creamy’ dan ia tidak terlalu manis. Setiap cawan kaya dengan aroma dan rasa mangga. Kesedapannya amat memberangsangkan. Perkataan ‘royale’ tu bukan diletak sewenang-wenangnya tapi, ia memang ada standard. Bukan semua perisa sahaja tapi ada mangga sebenar.

Walaupun ‘queue’ nampak panjang, tapi jangan bimbang. Servis sini pantas.

Apabila pergi bercuti di Melaka, ingat letak Mango Float Royale ini di dalam senarai makanan perjalanan anda. Tak lengkap kalau anda pergi bercuti di Melaka tetapi tidak cuba Mango Float Royale ini.

Waktu tulis post ini, admin pun rasa dahaga dan mengidamkan satu cawan sekarang. Ajaklah kawan-kawan & tag mereka di sini untuk datang bersama-sama untuk cuba. Jom serbu mango float hari ini!

Harga: RM5.00 secawan

Mango Float Royale Melaka
Lokasi: Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka.
Tel: 017-678 3602
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu 12pm-6.30pm / 8.30pm-11.30pm
Ahad 11am-6pm
Laman Web: http://www.mangofloatroyale.com
Facebook: https://www.facebook.com/Mango-Float-…

Jangan lupa SHARE & LIKE page ini.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Hubungi Kami: mymakantv@gmail.com

#mangofloatroyalemelaka #dontmesswithmelaka #negaraku #melaka #Mango #MangoFloat #IceCream #Malaysia #Sungai Putat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *