Mr & Mrs Chicken – Nasi Ayam Sihat 120 Hari

Jika anda mencari nasi ayam yang sedap dan baik untuk kesihatan, anda wajib cuba Mr & Mrs Chicken di Pudu. Mr & Mrs Chicken adalah sebuah restoran yang menyajikan nasi ayam dengan menggunakan ayam free-range yang telah dibela 120 hari dan berdiet 5 jenis bijirin, rumpai laut dan buah markisa / passion fruit. Jika anda hairan kenapa ayam makan buah markisa, ianya kerana ayam-ayam ini dibela di ladang buah markisa. Ayam-ayam tersebut juga membesar semula jadi dan tidak disuntik dengan hormon dan antibiotik 👌

Antara menu nasi ayam di sini termasuk:-
👍 Ayam Panggang
👍 Ayam Braised Sos Soya ala Hong Kong
👍 Ayam Kukus ala Hainan
👍 Ayam Goreng
😍 Ayam Berdiri (Menu terkenal, wajib cuba)
Kalau anda juga mengidamkan nasi kepal Melaka, sini juga ada. Nasi ayam Mr & Mrs Chicken dimasak dengan menggunakan stok ayam segar dan dibentuk dengan acuan nasi supaya semua bentuk dan saiz nasi kepal adalah sama.
Anda boleh memilih set atau a la carte. Set seseorang hanya RM16.90 dan set ini dihidangkan dengan ayam, nasi, sayur, sup, teh dan pencuci mulut, jelly herba. Cef David amat berpengalaman dalam bidang nasi ayam. Makan sekali tentu terpikat!
Mr & Mrs Chicken
Alamat: 11 Jalan Kancil, Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur
Tel: 03-9224 2706
Waktu Perniagaan: 11am – 8pm (Khamis Tutup)
**Mr & Mrs Chicken sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal.
#MrMrsChicken #Chicken #ChickenRice #ChickenRiceBall #RoastChicken #BraisedChicken #SteamedChicken #FriedChicken #StandUpChicken #Pudu #KualaLumpur #Malaysia #MyMakanTV #Sedap #Makan #NasiAyam
.
.
Akhir sekali, jangan lupa share dan like page ini.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Hubungi kami: mymakantv@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *