Nasi Dulang Daun Pisang di Khadijah Kitchen, Kajang

Khadijah Kitchen adalah restoran yang berkonsepkan makanan atas dulang beralas daun pisang. Menu mereka ringkas. 👌
Hidangan utama set dulang termasuk ayam/ayam kampung, itik, ikan keli, ikan kembung, ikan talapia merah dan ikan bawal. Ayam dan itiknya diperap dengan 6 jenis gabungan rempah sebelum digoreng manakala ikan-ikannya diperap dengan kunyit dan garam.

Semua set siap dengan nasi putih, ulam, 3 jenis sambal / sos (sambal penyet, air asam dan sambal belacan) dan kuah masak lemak cili api / kuah kari (pilih satu atau tambah 30 sen untuk kedua-dua kuah).

Yang menarik di sini adalah ikan yang diberikan dalam setiap dulang adalah seekor penuh. Jadi tak hairanlah kenapa set dulang ikan-ikan mereka popular di sini. Semuanya dibeli segar dari pasar lagi. Perut dah bergeroncang memikir set dulang ikan talapia merah mereka. 🤤
Untuk set seafood dulang, 6 jenis seafood dimasak dengan sambal tumis manis, resepi tersendiri. Untuk memastikan seafood yang diberi adalah segar, set seafood dulang ini hanya boleh didapati pada setiap hari Sabtu & Ahad sahaja.
Selain itu, mereka juga menyajikan set nasi ganja ayam versi mereka tersendiri dan nasi kerabu ayam/kambing. Sesiapa yang tinggal atau berkerja di Kajang dan Bangi, bolehlah cuba Khadijah Kitchen ini. 👌
Menu:-
🍗Set Dulang Ayam / Ayam Kampung – 7.50 / 9
Set Dulang Itik – 9
Set Dulang Keli – 7.5
🐟Set Dulang Talapia Merah – 9
🐟Set Dulang Bawal 15
Set Nasi Ganja Ayam – 7.50
Set Seafood Dulang – 19.90 (Sabtu & Ahad sahaja)
Nasi Kerabu Ayam / Kambing – 7.50 / 15
Nasi Putih – 1.50
Coconut Shake – 4
Teh Tarik Madu – 4.50
Khadijah Kitchen – Nasi Dulang Daun Pisang
Alamat: PT 75024, Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang.
FB: https://www.facebook.com/dapurnasidulang/
Waktu Perniagaan: 10am – 4pm
No. Tel : 0123230220
Khadijah Kitchen
.
.
#NasiDulangDaunPisang #KhadijahKitchen #SetDulang #DulangAyam #DulangAyamKampung #SeafoodDulang #CoconutShake #TehTarikMadu #Halal #MyMakanTV

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *