dulang raja

Dulang Raja – Seperti Sajian Istana

Seperti Sajian Istana!

Setiap set Nasi Dulang Raja dihidangi dengan lauk terpilih, sos masak lemak dan Sambal 3 Benua iaitu sambal ketumbar, sambal lumat (mcm sambal penyet) dan sambal kicap.

Antara 12 lauk yang tersedia, Sotong Bakar paling istimewa dan disukai ramai kerana saiznya yang luar biasa – yang terbesar tu sepanjang lengan tangan! Kalau korang hantu sotong, fuuhhhhh… pasti terpukau.

Kesegarannya juga terjamin kerana owner restoran bertegas untuk membeli sotong putih tempatan yang segar dari pasar setiap hari. Selain Nasi Dulang Raja, anda juga boleh menikmati Nasi Lemak Strawberi yang dimasak ikut resipi ori yang berasal Cameron Highlands. Malah sambal nasi lemak juga diolah dengan jem strawberi, rasanya pedas manis dengan aroma strawberi, cukup istimewa!

Menu set Nasi Dulang Raja (terpilih):

🔥 Set Nasi Dulang Raja

🔥 Sotong Raja (RM17.90)

🔥 Sotong Bakar kecil (RM22.90)

🔥 Sotong Bakar besar (RM29.90)

🔥 Udang Bakar (RM29.90)

🔥 Ayam Lumat (RM12.90)

🔥 Kambing Bakar Blacky (17.90)

🔥 Kerang Petai (15.90)

【Dulang Raja – TTDI Jaya】

2, Jalan Opera C U2/C Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor

Waze: Dulang Raja TTDI Jaya

12pm – 11pm (cuti Selasa)

Tel: 012-990 8903

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *