Warung Ambo terkenal untuk aneka nasi berlauk ala Pantai Timur seperti Nasi Kerabu, Nasi Sup dan Nasi Dagang. Demi memelihara rasa asli Kelantan, mereka hanya guna rempah ratus yang dibeli khas dari Kelantan.
Jadi, gulai di sini lebih pekat kalau dibandingkan dengan tempat lain. Porsi makanan di sini pun lebih besar daripada biasa dan berpadanan dengan harga yang dikenakan. Kalau anda tercari-cari tempat makan yang selesa, murah, sedap lagi mengenyangkan, sinilah tempatnya.
**Teh Madu Ambo tu betul2 kaw kaw rasanya, rugi kalau tak cuba.
Menu popular:
🔥 Nasi Kerabu + Telur Masin – RM4.50
🔥 Nasi Kerabu Daging Bakar/Ayam Goreng – RM7.50
🔥 Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung – RM8.50
🔥 Nasi Dagang Ayam / Ikan Tongkol – RM7.50
🔥 Nasi Dagang Daging Kerutuk – RM8.00
🔥 Nasi Sup (Set) + Telur Masin – RM8.50
🔥 Nasi Ambo – RM6
🔥 Telur Masin – RM1
🔥 Teh Madu Ambo – RM4
【Warung Ambo Bangi】
Lot 1513-A Jalan Bangi, Kambung Sungai Tangkas
Waze : Dewan Tengku Zara
8.30am – 4pm (Cuti Isnin)
【Warung Ambo Shah Alam】
38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam
Waze : Warung Ambo Laman Glenmarie
8.30am – 4pm
#NasiKerabu #WarungAmbo #NasiDagang #Kajang #Bangi #Halal #StreetFood