Ujong Pasir merupakan sebuah pekan kecil di Melaka yang paling terkenal dengan Perkampungan Portugis 🏕.
Selain makanan laut, nasi lemak juga popular di sini. Terdapat 2 kedai nasi lemak yang anda patut cuba iaitu Nasi Lemak Hijau dan Nasi Lemak Ujong Pasir.
Tak ramai orang walaupun penduduk tempatan yang mengetahui kewujudan Nasi Lemak Hijau kerana lokasinya tersembunyi dari jalan raya. Rujuk Google Map untuk lokasi: https://goo.gl/bPS1ZW
Warung ini menyajikan nasi lemak warna hijau (dari pandan) yang dipadankan dengan pilihan lauk istimewa seperti Popcorn Chicken🍿🍗, Ayam Crispy Cheese🧀, Udang Crispy🦐, Crispy Buttermilk🥛 dan lain-lain. Kalau anda mencari-cari nasi lemak yang luar biasa, Nasi Lemak Hijau memang bersesuaian 👍
Nasi Lemak Ujong Pasir pula diusahakan oleh Makcik Saleha sudah hampir 4 dekad sejak tahun 1978. Aneka jenis lauk-pauk tradisional tersedia setiap hari.
Antara yang paling disukai pelanggan adalah daging rendang🍖, sambal udang🦐, ikan goreng🐟, sambal sotong🦑 dan sambal petai🥒. Kualiti sambal sini terserlah – pekat, pedas 🔥 dan menyelerakan 😋
Nasi Lemak Hijau 🍛💚
Alamat: No 199-18, Jalan Masjid Ujong Pasir, 75050 Melaka
Google Map: https://goo.gl/bPS1ZW
Waktu perniagaan: 5.30pm – 12am
Tel: 017-685 0103 / 012-642 0259
———————————
Nasi Lemak Ujong Pasir 🍛🌶️
Alamat: Restoran Ming Huat, Jalan Ujong Pasir
Google Map: https://goo.gl/LhWUrA
Waktu perniagaan: 6pm sampai habis (Jumaat tutup)
Tel: 013-256 4784
.
.
#NasiLemak #NasiLemakHijau #NasiLemakUjongPasir #UjongPasir #Melaka #Halal #Makan #MakanMalam #Sambal #MyMakanTV #Sedap