Nasi Lemak Volcano Island adalah nasi lemak istimewa yang hanya boleh didapati di Tiger Tiger Sunway. Seperti namanya, ia berbentuk seakan-akan sebuah pulau gunung berapi yang sedang meletus 🔥
Bahan-bahannya termasuk chicken chop 🍗, nasi lemak 🍛, sambal 🌶️, kuah kari, telur separuh masak 🍳 dan baby lobster 🦐 (atau 3 ekor udang harimau) Saiz hidangannya besar dan boleh dikongsi dengan seorang teman makan, dan harganya termasuk 2 jenis minuman yang anda boleh bebas pilih dari menu.
Tiger Tiger Sunway juga menyediakan aneka jenis makanan pada harga berpatutan 👌👌👌 yang memanfaatkan orang ramai, terutamanya pelajar-pelajar kolej sekitar Bandar Sunway.
Walaupun harga yang ditawarkan rendah, saiz hidangan makanan sini tidak kecil dan disediakan segar selepas dipesan. Antara makanan yang sedap pada harga ekonomi Nasi Lemak (RM2.50), Maggi Goreng (RM3.50), Indomie (RM2.50), Tom Yum Chicken (RM5.90) dan Nasi Goreng Biasa (RM5).
Setiap jenis makanan sama ada ia nasi lemak, nasi goreng atau Maggi goreng boleh dinaik taraf dengan topping ekstra untuk hidangan yang lebih memuaskan dan mengisi rasa lapar. Pelbagai topping seperti butter chicken, ayam goreng, sotong goreng atau chicken chop mengikut bajet anda.
Kalau anda berada di Bandar Sunway pada waktu pagi mencari-cari sarapan pagi yang murah, siggahlah ke Tiger Tiger Sunway kerana menu sarapan mereka bermula dari RM2 sahaja 👍
🍛🦐🌋 Nasi Lemak Volcano Island – RM29.90 (termasuk dua minuman)
🍛🍳🌋 Nasi Lemak Volcano – RM10.90
🍛 Nasi Lemak Biasa + Telur – RM2.50
🍛 Nasi Lemak Goreng Biasa – RM3.50
🍛🍗 Nasi Lemak Goreng Ayam Goreng – RM7.90
🍜🦐 Indomie Single Baby Lobster – RM22.90
🍜🍗 Maggi Goreng Butter Chicken – RM7.90
🍲🌶️🦐🦑 Tom Yum Seafood – RM7.90 (termasuk nasi)
All Day Breakfast:
🍳🍞 Telur Separuh Masak + Toast – RM3
🍞 Toast (Single) – RM3.50
🍞🍞Toast (Double) – RM4
🍝 Mi Goreng / Mihun / Kuey Teow – RM5
Tiger Tiger Sunway 🐯🐅
Alamat: 32, Jalan PJS 11/3, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Google Map: https://goo.gl/maps/1w2VuqYX3Mz
Waktu perniagaan: 8am – 12am (kecuali Ahad)
Tel: 016-609 1212
.
.
#NasiLemak #NasiLemakVolcanoIsland #NasiLemakVolcano #NasiLemakGoreng #IndomieBabyLobster #TigerTigerSunway #BandarSunway #Makan #Sarapan #MakanTengahari #MakanMalam #Sambal #MyMakanTV #Sedap