Dahsyat betul menu terbaru dari Dulang Raja. Set Kombo Talam Madu 3 mereka menggabungkan 3 jenis masakan seafood yang super premium iaitu Lobster Buttermilk, Ketam Nipah King Masak Lemak dan Udang Galah Bakar Petai dalam setiap hidangan.
Saiz seafood besar2 pula tu, tengok pun dah terliur teruk, tak boleh tahan langsung! Kalau datang seorang atau berdua, bolehlah cuba Mee Strawberi. Rempah kuah kari tu diolah dengan jem strawberi, rasanya pedas dan pekat dengan sikit kemanisan dan aroma strawberi, memang lain daripada yang lain.
Terdapat 5 jenis topping untuk dipilih ikut suka hati termasuk ketam, sotong, kambing, ayam dan udang galah. Bukan main besar lagi porsinya, mee dan daging mereka bagi berlambak jer, 2 orang pun boleh makan janji puas hati.
Set Kombo Talam Madu 3 (RM199, 3-4 pax)
🦞 Lobster Buttermilk
🦀 Ketam Nipah King Masak Lemak
🦐 Udang Galah Bakar Sambal
🍓 2x Nasi Lemak Strawberry
🍚 2x Nasi Dulang Raja Mee Strawberi (1-2 pax)
🔥 Ayam – RM14.90
🔥 Kambing – RM19.90
🔥 Udang Galah – RM31.90
🔥 Sotong – RM31.90
🔥 Ketam Nipah King – RM56.90
【Dulang Raja – TTDI Jaya】
2, Jalan Opera C U2/C Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
Waze: Dulang Raja TTDI Jaya
12pm – 11pm (cuti Selasa)
Tel: 012-990 8903
Set Kombo Talam Seafood Istimewa – Dulang Raja Shah Alam