Original Popia Meletop 4 Beradik, Melaka

Popia Meletop 4 Beradik 🌯💣💥 ini diusahakan oleh Deqla bersama tiga adik-beradiknya. Sambal pedas manis dan inti popia meletop mereka disediakan dengan menggunakan resepi keluarga tersendiri.

Setiap popia dibalut dengan tangan, digoreng dan digaulkan dengan sambal sehingga seluruh permukaan popia bersalut dengan sambal yang telah dimasak selama sekurang-kurangnya 4 jam.

Terdapat 2 jenis popia; popia sayur dan popia ayam. Popiah sayur berintikan sayur kobis dan lobak merah manakala popiah ayam berintikan ayam cincang dengan ubi kentang. 😍
———————————-
1 keping = 60 sen
10 keping = RM6
[Boleh pilih popia sayur/ayam sahaja atau campur-campur]
Untuk tempahan, sila hubungi 017-612 2069 (Deqla).
———————————-
Sekali cuba pasti nak lagi.

👌 Senang nak cari Original Popia Meletop 4 Beradik ini. Gerai ini berhadapan dengan Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil.

👍 Jom sokong bisnes ibu tunggal dengan 4 orang anak ini dan adik beradiknya agar mereka boleh bertambah maju.

Original Popia Meletop 4 Beradik 🌯💣💥
Alamat: Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka (berhadapan Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil)
Waktu Perniagaan: 12.30pm – 6pm (Jumaat Tutup)
Tel: 017-612 2069 (Deqla)
FB: https://www.facebook.com/popiameletop4beradik/
.
.
#Popia #Limbongan #Halal #OriginalPopiaMeletop4Beradik #PopiaMeletop #Melaka #MyMakanTV #Malaysia #Sedap #Makan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *