Restoran ini menyajikan aneka menu Kelantan yang rare seperti ketupat sotong, air asam perut muda, sambal putik pauh dan ikan bekok. Ketupat sotong adalah menu istimewa yang hanya dimasak setiap Sabtu dan Ahad. Sotong segar disumbat dengan pulut susu Siam lepas tu dimasak dalam santan bersama daun pandan dan gula perang. Rasanya lembut, harum dan manis mmg sedap tak terkata! Pada hari biasa, hidangan popular termasuk daging singgang, ikan singgang dan sup tulang. Semuanya boleh diambil dengan set nasi, ulam dan budu.
**Kalau nak cuba ketupat sotong, kami sarankan anda untuk buat tempahan dahulu kerana ia habis cepat.
【Dapur Meks】
No 65G E, Platinum Walk Taman Danau Kota, Setapak, KL
1pm – 11pm (cuti setiap Isnin)
WhatsApp (order): 016-471 9252