Jom makan bersila dengan pelbagai hidangan dan 22 jenis sambal asli Yogyakarta di restoran yang unik ini. Tempat Makan Lesehan berlainan daripada kedai makan Indonesia lain yang biasanya hanya tertumpu kepada hidangan ayam penyet dan bakso. Di sini, anda juga boleh menikmati aneka set nasi sambal, nasi goreng, Indo mi, pecal dan sup. Semua sambal disediakan dengan cili segar untuk menghasilkan tahap kepedasan yang berbeza.
Antara menu & sambal yang popular termasuk:
🌶️🌶️ Sambal Merana (paling pedas)
🌶️ Sambal Kicap Tragis
🌶️ Sambal Belado
🌶️ Sambal Kesuma
🔥 Nasi Bergaduh (ayam + daging) – RM13.90
🔥 Set Merana Tilapia – RM14
🔥 Nasi Goreng Gila – RM10
Porsi makanan sini pun lebih besar daripada biasa kerana mereka tak kedekut nasi, confirm mengenyangkan!
【Tempat Makan Lesehan】
201-G, Uptown Kinrara Jalan LP 7/2, Lestari Perdana 43300 Seri Kembangan, Selangor
12.30pm – 11pm