Restoran Cerana Ikan Bakar Alai, Melaka

Restoran seafood termasyhur 🔥 Restoran Cerana yang dulu bertapak di Cheras telah berpindah ke Crystal Bay, Melaka dan kini dikenali sebagai Restoran Cerana Ikan Bakar Alai ☜

Bagi mengekalkan kualiti makanan, chef dan menu mereka tetap sama dan anda masih boleh menikmati aneka menu istimewa termasuk Siakap Paya Serai, Ketam Cheese, Tomyam Seafood, Kupang Goreng Cili (wajib cuba), Sotong Rangup Spicy dan lain-lain 😋

Walaupun restoran ini nampak mewah dan elegan, harga seafood mereka amat berpatutan dan lebih kurang sama dengan gerai-gerai ikan bakar yang terletak berhampiran 👌 Anda boleh memilih untuk makan di ruang terbuka ‘al fresco’ ataupun dalam bilik berhawa dingin di aras atas.

Untuk memesan seafood di sini, pelanggan akan memilih ikan dan makanan laut yang dikehendaki untuk ditimbang ikut harga pasaran. Harga yang dikenakan sudah termasuk caj dan bahan masak sekali tidak kira apa cara masakan yang dipilih ❤

Ikan bakar yang disediakan di sini tidak diperap dalam sebarang rempah dan dibakar di atas daun pisang dengan arang berkualiti tinggi. Sos air asam, kuah kicap dan cili masih dihidangkan bersama ikan bakar untuk mencelup dan tambah rasa.

Selain keadaan restoran yang menarik dan persekitaran kampung santai 🏞️, Restoran Cerana Ikan Bakar Alai juga menyediakan kemudahan surau dan tandas yang bersih untuk kelesaan pelanggan-pelanggan. Lagipun, kemudahan parking yang luas juga disediakan di hadapan restoran 👍👍👍

Harga biasa seafood (per kg, tidak termasuk GST dan tertakluk kepada harga pasaran):-

🐟Bawal – RM42
🐟Merah – RM55
🐟Kerapu – RM50
🐟Jenahak – RM54
🐟Siakap – RM39
🐟Pari – RM29
🐟Kembung – RM28
🐟Cencaru – RM25
🦑Sotong – RM42
🦀Ketam – RM45
🐚Kupang – RM18
🐚Kerang – RM18
🐚Lala – RM18
🦐Udang – RM78

5 pakej makanan yang berlainan juga ditawarkan kepada kumpulan yang datang dalam 10 pax. Harganya bermula dari RM35/pax. Sila rujuk gambar menu untuk maklumat lanjut.

Restoran Cerana Ikan Bakar Alai (Crystal Bay)
Medan Ikan Bakar Sg. Punggur, Alai, Melaka
Tel: 017-309 6511 (Manager – Mohd Ali) / 03-8740 8714 (Office)
Waktu perniagaan: 5pm – 1am
FB: https://www.facebook.com/restorancerana/
.
.
#Halal #Seafood #MyMakanTV #Makan #Melaka #IkanBakar #Restoran #CrystalBay #Alai #Ketam #Kupang #Lala #Ikan #Cerana #RestoranCerana

Music by Ehrling: https://soundcloud.com/ehrling

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *