Kepada penggemar dessert dan minuman yang manis dan menarik, anda perlu mengetahui Truly Two Cafe. Tempat ini sudah memang terkemuka di Melaka dengan dessert mereka yang bersaiz besar, justeru sesuai untuk dikongsi bersama kaki makan 👍
Truly Two Cafe menyajikan pelbagai pencuci mulut di sini dan kebanyakannya disediakan dengan penggunaan kek buatan sendiri, coklat berkualiti tinggi, ice cream berjenama, kacang dan buah-buahan segar.
Baru-baru ini, mereka telah melancarkan menu baru Stickek 🍡🍰 di mana sepotong cheesecake disalut penuh dengan coklat cair 🍫 dan kemudiannya ditambah topping mengikut perisa yang dipilih. Terdapat empat jenis Stickek iaitu Chocolate Madness, Crunch See Real, Nuts About Nut dan Lemon Meringue.
Kombinasi rasa masam cheesecake dan kemanisan coklat amat padan sekali, manakala kacang, konfeksi dan bijirin memberi sentuhan garing dan gurih 🤤
Menu Stickek:
1) Chocolate Madness 🍫🍬🍰 – RM19 (Kit Kat + Maltesers + Cadbury + Nutella)
2) Crunch See Real 🌽🍯🍰 – RM17 (Cereal + Caramel + Nutella)
3) Nuts About Nut 🥜🌰🍰 – RM17 (Walnut + Peanut + Almond + Caramel + Nutella)
4) Lemon Meringue 🍋🍰 – RM17 (Coconut Flakes + Meringue + Lemon Curd)
Dessert dalam video:
– Cheesy Mango Yogurt 🧀🍑🥛 (RM19)
– San Marco Nutella Pizza 🍓🍫🍕 (RM17)
– Classic Chocolate Madness 🍫🍬🍨 (RM19)
– Shanghai, I’m In Love 🍦🍰❤️ (RM23)
Truly Two Cafe
No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru
Bukit Baru, Melaka, Malaysia
Tel: 06-284 3488
Waktu perniagaan: 1pm – 9.30pm, 2.30pm – 9.30pm (Jumaat), Tutup Isnin
FB: https://www.facebook.com/pg/trulytwocafe.my/
.
.
#Halal #Dessert #TrulyTwoCafe #Cafe #Melaka #Chocolate #Cheesecake #KitKat #Magnum #IceCream #Stickek #BukitBaru