cucu blagak setapak

Cucu Blagak House – Awesome & Cheap Sambal Dishes in KL

Murah beb, serius murah! Ada nasi, ada sayur, ada ikan, ada sambal, ada sup.. dua orang makan pun RM10 shj. Susah nak percaya kan? Tapi betul-betul ada wehhhh, lagi2 di KL!!! Cucu Blagak House ni berada di Setapak, baru buka tak lama tapi sebelum ini mereka dah terkenal dengan produk Sambal Tok Blagak.

Dari segi penampilan, Sambal Tok Blagak ni nampak macam sambal hitam. Ia dimasak fresh setiap hari dari resepi rahsia Tok Blagak dengan bawang goreng, cili padi, tomato, bawang putih dan rempah. Setiap kali masak pun makan masa berjam-jam, that’s why la ia harum dan sedap sangat. Pekena dengan ikan goreng dan nasi pun dah cukup terangkat, susah nak henti!

Kepedasannya di tahap sederhana dan sesuai untuk sapu roti atau goreng-goreng. Berminat untuk beli? Boleh WhatsApp nombor di bawah untuk beli, sebotol RM25. Kalau malas masak seperti min, pergi je Cucu Blagak House. Senang pun senang, jimat pun jimat.

【Cucu Blagak House】

No-G26, PV128, Jalan Genting Kelang, KL

12pm – 12am (cuti Isnin)

Tel: 016-388 4302

Song: MBB – Sax (Vlog No Copyright Music) Music provided by Vlog No Copyright Music. Video Link: https://youtu.be/DFdn-dDtQp8

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *