【Monster Grill & Seafood Lambak Melaka】:)
【PROMO : LUNCH BUFFET – RM9.90 dari 11.30am hingga 2.00pm, Selasa hingga Jumaat sahaja – Telefon Monster Grill untuk mendapatkan maklumat lanjut】
Seafood lambak di Monster Grill Melaka, bukan sahaja sedap, bahagian yang diberikan juga besar dan agak berbaloi.
Apa yang paling penting adalah, seafood Monster Grill semuanya dimasak berasingan. Ianya kerana, setiap seafood, masa untuk memasaknya adalah berbeza. Ada yang memerlukan masa yang singkat, ada yang memerlukan masa yang lebih panjang. Jika semua dimasak sekaligus, tentu ada yang terlampau masak dan ada yang kurang masak.
Selain itu, rasa setiap seafood adalah berlainan kecuali udang dan ketam. Ada seafood yang dimasak dengan cili dan rempah-rempah rahsia. Ada yang lain digoreng dengan tepung. Jadi anda tidak akan jemu malah, anda pasti nak lagi selepas makan.
Di sini ada 3 jenis set Seafood Lambak:-
Set “Lapar” : 2 – 3 pax RM55.90
Set “Kebuluran”: 4 – 5 pax RM82.90
Set “Darurat” : 6 – 8 pax RM108.90
Dalamnya ada ketam, lala / kupang / kerang, sotong, udang, sayuran, jagung, nasi Basmati (bukan nasi biasa). Kalau nak tambah seafood juga boleh.
+ Udang (100 g) RM9.90
+ Sotong (100 g) RM9.90
+ Lala / Kerang / Kupang RM5.90
+ Ketam (seekor) RM6.90
+ Siakap 3 rasa RM36.00
Kalau nak tambah Western food pun boleh.
+ Western Twist (lamb chop / chicken wings / fries)
Set “Lapar” + RM25
Set “Kebuluran + RM40”
Set “Darurat” + RM75
Western food Monster Grill juga agak bagus. Bahagian yang diberikan adalah besar.
Dinosaur Bones (Lamb Chop) 400 gm New Zealand Lamb – RM28
Mstr Grilled Chicken Leg – sepasang ayam drumstick dari ayam yang dibela secara bebas (free-range chickens) – RM21
Untuk minuman, kalau anda ingin minum kopi Starbucks, sini juga ada. Frappuccino Mocha (281ml) dan Frappuccino Coffee (281ml) adalah RM12.00 sebotol sahaja.
Selepas makan, jika anda ingin memakan ais krim, Monster Grill juga ada Haagen Dazs ais krim dimana perisa ais krim yang ada, termasuk Belgian chocolate, green tea, Macadamia nut, cookies, mango raspberry dan lain-lain. Harganya adalah RM12.50 untuk satu mini cup.
Monster Grill Melaka
Alamat: No 14, Jalan Malinja, Taman Malinja,, Bukit Baru, 75100 Melaka Tengah, Melaka
Facebook: https://www.facebook.com/MonsterGrillMelaka/
Waktu Operasi: 11.30am – 12am (Isnin Tutup)
Tel: 06-282 0050 / 010-881 7818
Akhir sekali, jangan lupa share dan jangan lupa like page ini.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Hubungi kami: mymakantv@gmail.com
#MonsterGrill #SeafoodLambak #CharbroilSeafood #WesternFood #Melaka
.
.
.
.
[Semua kandungan di dalam MyMakanTV, terutamanya video-video, gambar-gambar, write-ups dan lain-lain adalah dilindungi di bawah Akta Hakcipta dan Peraturan-peraturan Hakcipta. Tiada bahagian atau keseluruhan kandungan boleh disalin dan dihasilkan semula (No copying, downloading and reposting is allowed). Anda boleh Share tapi tak boleh Muat-Turun & Repost].