Seafood Lambak Selera Kita 🍤🐚🦀

Warga Melaka yang sukakan sajian seafood wajib datang ke Kedai Makan Selera Kita. Satu set seafood lambak untuk 2 orang yang termasuk nasi 🍚 dan sayur campur 🥦 ditawarkan pada harga serius berbaloi iaitu RM30 sahaja.

Makanan laut yang digunakan dalam Seafood Lambak Selera Kita dibeli dari pasar borong setiap hari bagi memastikan kesegaran dan kualiti yang konsisten 👌. Jenis makanan laut yang digunakan termasuk ketam bunga 🦀, udang 🍤, sotong 🐙 dan kepah 🐚.

Sambal buatan sendiri mereka cukup terangkat dengan gabungan rasa pedas dan manis yang harum dan mengundang selera. Makan ni confirm tambah nasi nanti 🤤

Selain seafood lambak yang paling lazim dihidangkan, pelbagai jenis masakan panas seperti nasi goreng, otak-otak dan tomyam juga disediakan. Seafood Lambak Selera Kita juga menawarkan perkhidmatan delivery 🥡🚚 ke kawasan berdekatan dengan Ujong Pasir. Sila call / Whatsapp nombor telefon di bawah kalau berminat.

Seafood Lambak Selera Kita @ Kedai Makan Selera Kita
Alamat: Jalan Taman Sinn, Taman Sinn, 75050 Ujong Pasir, Melaka
Google Map: https://goo.gl/BrKuZC
Tel ☎: 017-242 6010
WhatsApp 💬: 019-276 0560
Waktu Perniagaan: 5pm – 11pm (Selasa tutup)
FB: https://www.facebook.com/Seafood-lambak-selera-kita-1041024105998642/
.
.
#Seafood #SeafoodLambak #SeafoodLambakSeleraKita #Melaka #Halal #RasaDuluBaruTahu #MyMakanTV #Sedap #Sambal #Pedas #Baloi #Makan #UjongPasir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *