Roti Dholl Cheese Istimewa
Akie Roti Canai merupakan salah satu tempat makan roti canai terbaik di Melaka. Mereka beroperasi sejak tahun 2011 dan terkenal dengan Roti Dholl Cheese yang dicipta oleh pengusaha Akie Roti Canai – Mohd Zakie.
Segumpal roti kosong dihidangkan dengan sekeping cheese, telur mata, kuah dhal, sambal dan serbuk lada untuk tambah rasa.
Kalau nak try yang special sikit lagi lebih mengenyangkan bolehlah cuba Roti Dholl Cheese Kambing dimana kuah dhal tu digantikan dengan kuah dan isi kari kambing yang padu!
Selain roti canai, nasi lemak panas juga tersedia dengan pelbagi lauk yang menarik seperti sotong sambal, kerang sambal, kerang rendang dan ayam goreng berempah.
Harga:
Roti Dholl Cheese – 3.50
Roti Dholl Cheese Kambing – 8.50
Akie Roti Canai @ Medan Selera Bukit Beruang
Kampung Bukit Beruang, Melaka
Waktu perniagaan: 7.30am – 12pm (Isnin tutup)
.
.
#SarapanPagi #Melaka #Halal #MakanMelaka #KenaTerjah #Breakfast #Morning #Pagi #AkieRotiCanai #BukitBeruang #KariKambing #Cheese #Telur