Sudah masuk tahun 2018 tapi ada lagi warung makan yang menyaji makanan panas murah dalam saiz hidangan yang memuaskan 👍
Warung Roti Canai 50 sen terletak di Kampung Bukit Katil (Melaka) dan anda boleh menikmati sarapan yang megenyangkan lagi berbaloi-baloi.
Seperti namanya, Roti Canai kosong hanya RM0.50 sekeping dan dihidangkan bersama kuah dhal dan sambal. Walaupun kuah dhal tu agak cair, ia tidak menjejas rasa roti canai kerana sambal mereka pekat, pedas dan padu 😋
Selain roti canai, nasi lemak, nasi ayam dan nasi bajet juga tersedia pada harga yang amat berpatutan 👌 Sarapan kami seperti yang ditunjukkan berjumlah RM10.30, purata RM5.15 seorang. Pecahan kos berikut:
🍞Roti Kosong – RM0.50
🍞🥚Roti Telur – RM1
🍛 Nasi Lemak – RM2
🍚🍗 Nasi Ayam – RM4
🥤Nescafe Ais – RM1.80
☕Teh Panas – RM1
Menu lain:
Roti Sardin – RM1.20
Roti Telur Bawang – RM1.30
Nasi Bajet – RM3.50
–Warung Roti Canai 50 Sen–
Jalan Petebong Indah, 75450 Bukit Katil, Melaka
Google Map: https://goo.gl/tWPkFa
Waktu perniagaan: 6.30am – 12pm (tutup hari Jumaat)
.
.
#MyMakanTV #Halal #Sarapan #RotiCanai #NasiLemak #NasiBajet #NasiAyam #Melaka #Murah #Sedap #Sambal #RotiCanai50Sen #Baloi #Makan