Nikmati aneka Bingsu Korea dari saiz besar ke saiz mini dan lain2 dessert yang menyegarkan dan menarik di cafe yang mengkhusus dalam dessert ini. Unicorn Bingsu pun ada!
Semua Bingsu di ICE AGE Dessert Cafe dibuat daripada blok ais susu homemade dan ditabur penuh dengan pelbagai topping.
Antara perisa yang paling popular adalah buah-buahan, chocolate dan yang dihidang bersama cheesecake. Untuk dessert panas, toast dan waffle tersedia. Kami sarankan anda untuk mencuba Chocolate Lava dimana coklat pekat meleleh keluar apabila roti dipotong. Memang sedap dan puas hati!
Menu (dalam video):
🍨 Unicorn Bingsu – RM16.90
🍨 Mini Bingsu – RM12.90
🍨 Mixed Berry Bingsu – RM19.90
🍨 Cantaloupe Bingsu – RM25.90
🍨 Strawberry Bingsu – RM20.90
🍨 Watermleon Bingsu – RM26.90
🍨 Mixed Fruit Bingsu – RM26.90
🍨 Mango Cheesecake Bingsu – RM28.90
🍨 Mango Kakigori – RM13.90
🍞 Chocolate Lava Toast – RM19.90
🥞 Waffle Ice Cream Trutti Fruitti – RM15.90
【ICE AGE Dessert Cafe】
9-2-1, Jalan Setia Prima M U13/M Setia Alam, Shah Alam
2pm – 11pm (tutup Selasa)